VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"
MAKLUMAT SEKOLAH
ALAMAT SEKOLAH :
|
KM7, JALAN SEKENDI
45200 SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN. |
KOD SEKOLAH :
|
BBA6017
|
NO. TELEFON / FAKSIMILI
|
03-32163468
|
EMEL RASMI :
|
KATEGORI SEKOLAH :
|
SEKOLAH BANDAR
|
GRED SEKOLAH :
|
A
|
SESI PERSEKOLAHAN :
|
SESI PAGI SAHAJA
|
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD):
|
PPD SABAK BERNAM
|
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN):
|
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
|
KAWASAN PARLIMEN :
|
PARLIMEN SABAK
|
KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN):
|
DUN SUNGAI AIR TAWAR
|
BILANGAN GURU :
|
19 ORANG
|
BILANGAN MURID :
|
147 ORANG
|
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sekendi telah didirikan pada tahun 1929. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Bagan Nakhoda Omar. Ketua Mukim pada masa itu bernama Encik Sikin bin Hambelar Yusuf. beliau telah memilih kawasan dengan keluasan 5 ekar untuk mewujudkan sekolah ini. Lokas kawasan tersebut adalah di Lot 22 berhampiran Sungai Sekendi, kira-kira 6 KM dari pekan Sabak Bernam.
Pada peringkat awalnya, sekolah ini ini dibuat daripada kayu, berdindingkan batang Bertam yang dianyam dan beratapkan daun Rembia. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Ismail bin Nordin dengan dibantu oleh dua orang guru pelatih iaitu Encik Abdul Rashid bin Poyah dan Encik Idris bin Dahlan. Jumlah murid pada waktu itu ialah seramai 61 orang sahaja.
Pada 16 Mac 1965, sebuah bangunan baru dikenali “bangunan C” telah siap dibina. Bangunan ini dapat menampung seramai 64 orang lagi murid dengan keluasannya seluas 690 kaki persegi. Sebelum ini hanya terdapat blok Bangunan B yang luasnya berjumlah 1600 kaki persegi bagi menempatkan seramai 134 orang murid. Tahun-tahun berikutnya jumlah murid telah meningkat sehingga seramai 280 orang. Tenaga pengajar turut bertambah kepada 11 orang termasuk seorang guru agama. Persekolahan terpaksa dijalankan dalam dua sesi kerana ruang penempatan murid belajar tidak mencukupi bagi menajalankan pembelajaran dalam satu sesi.
Pada 24 Mei 1980, sebuah blok bangunan baharu yang amat selesa dan lengkap telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yang pada masa itu adalah YAB Dato’ Haji Hormat bin Rafei. Bangunan ini telah menjadi pemangkin kepada kejayaan murid-muridnya dalam belbagai bidang akademik dan juga ko akademik hinggalah ke hari ini.

PENCAPAIAN SEKOLAH TERKINI
- JOHAN ANUGERAH TEKNOPEN NEGERI SELANGOR KATEGORI PUSAT AKSES SEKOLAH (2019)
- PENCAPAIAN 5 BINTANG PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH PPD SABAK BERNAM (2020)
- PENCAPAIAN 5 BINTANG MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH PPD SABAK BERNAM (2020)