SIMULASI BIMBINGAN DAN PEMENTORAN TS25
BENGKEL MEMPERKASAKAN PBD (PENTAKSIRAN BILIK DARJAH)
Bengkel telah dijalankan pada 25/1/2021, Khamis secara atas talian (Meet) kepada semua guru SK Sekendi. Penceramah bagi program ini adalah Puan Nurziatul Syima bt Muad, Pen. PPD Sabak Bernam, Unit Pendidikan Khas, Pegawai Meja PBD SR. Program bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.40 petang.
BENGKEL KEMENJADIAN MURID DENGAN MEMPERKASAKAN SKPMG2
Bengkel telah dijalankan pada 4/3/2021, Khamis secara atas talian (Meet) kepada semua guru SK Sekendi. Penceramah bagi program ini adalah En. Muhamad Hassim bin Sabran , Pegawai SISC+ Matematik PPD Sabak Bernam. Program berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang.